09 Mac 2010

LIQA' KHAS BERSAMA KETUA PEMUDA PAS PUSAT

LIQA' KHAS
Bersama :
Ustaz Nasaruddin Hasan Tantawi
(Ketua Pemuda Pas Pusat)
Pada :
10 Mac 2010 (Maghrib berjamaah disana)
Tempat :
Pejabat Pas Kawasan Rembau Kg Bongek
SEMUA AJK PEMUDA, KAWASAN,EXCO NEGERI DAN UNIT AMAL WAJIB HADIR
(~Program ini ganti usrah pemuda Jempol untuk bulan Mac~)

07 Mac 2010

Program Pelancaran Unit Amal Jempol Berjaya..

Semalam Unit Amal dibawah kelolaan Pemuda Pas Kawasan Jempol telah berjaya mengadakan satu program pelancaran Unit Amal kawasan Jempol yang diadakan di Jeram Tengkek Batu Kikir. Pelancaran Unit Amal ini telah dirasmikan oleh Yang Di Pertua Pas Kawasan Jempol, Abdul Rahman Bin Ramli.

Beliau mengucapkan tahniah atas usaha pemuda pas kawasan yang dapat menarik pemuda-pemuda dan ahli pas bersama-sama dalam meghadiri program yang diadakan ini. Beliau mengharapkan Unit Amal yang ditubuhkan ini akan dapat menjadi sayap kanan pemuda dan Pas kawasan bagi semua program yang diadakan seterusnya membantu memenangi pilihanraya yang ke-13 nanti.

Dalam pada itu beberapa program telah dirangkakan bagi memantapkan lagi ahli Unit Amal Jempol ini. Diantaranya ialah akan mengadakan tamrin, rehlah dan kursus kemahiran.

Alhamdulillah, program berjalan dengan lancar dengan dihadiri hampir 30 orang pemuda dan vateran kawasan Jempo yang sama-sama memeriahkan lagi majlis pelancaran kali ini.. Majlis berakhir seawal jam 12 tengahari.


Komandan Unit Amal saudara Mahadi bin Sulaiman
memberikan ucapan aluan
kawat santai Unit Amal

sebahagian yang hadir pada sesi kawat

sesi mengisi borang keahlian Unit Amal

Antara ahli Unit Amal yang sedang
mengisi borang keahlian

Antara Otai-otai Pas Jempol

acara akhir membakar ayam BBQ


Beramal kerana allah ....