25 Februari 2010

Jemputan ke Ceramah Maulidurrasul..

CERAMAH MAULIDURRASUL S.A.W.


Oleh : USTAZ SHUHADAK

Pensyarah Kolej Universiti Islam Selangor

(KUIS)


Pada : 26 Feb 2010 (12 Rabi’ul Awwal 1431H)

Hari : Ahad

Masa : 8.00 Malam

Tempat : Markaz Pas Jempol (Muassasah Darul Syarif Batu Kikir…



Marilah sama-sama menghayati sirah kehidupan junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.


SELAMAT MENYAMBUT MAULIDURRASUL DARI PEMUDA DAN UNIT AMAL KAWASAN JEMPOL…


23 Februari 2010

JOM KENALI & BERHATI-HATI DENGAN 3 SB INI....

SB POLIS
Seorang yang bersahaja seperti orang lain. terdapat di tempat ceramah dan program pembangkang untuk mencari maklumat untuk disalurkan kepada pemimpin mereka.
dengan memakai baju t-shirt, berseluar jean..mempunyai beg kecil yang disilangkan kebadan. didalamnya terdapat video cam, camera atau perakam suara..
SELSEMA BABI
Influenza A (H1N1) adalah penyakit respiratori akut yang berjangkit dikalangan babi dan disebabkan oleh virus Influenza A.


SAIFUL BUKHRI
Seorang insan yang lemah selepas punggungnya tidak dapat buang air besar gara-gara menyumpah dan bersumpah selepas diliwat oleh sotong. Sotong mana? Itu yang kita sedang siasat. Dengar kata SB ini tidak boleh buang air besar sebab saluran anusnya rosak kibat disumbat oleh Najib dengan kapal selam, enjin jet kapal terbang dan kes Altantuya..... Erm,. Entahlah..

SEMUA ISU DISOROK DALAM LUBANG PUNGG*&G SAIFUL

Naib Presiden PAS Dato' Hj Mahfuz Omar berkata BN cuba menyorokkan semua isu dan masalah yang ada hari ini dengan membesar-besar cerita tentang kes liw#@ Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Kes enjin hilang, kapal selam tak boleh menyelam, ekonomi merudum, jenayah meningkat, MCA bergaduh, rasuah yang berleluasa semuanya disorokkan di dalam lubang pungg$#@ Saiful Bukhari"

"Mereka cuba menutup semua isu tersebut dengan kes liw%$ ini" katanya.

Beliau juga mempertikaikan bagaimana adik Perdana Menteri, Nazir Razak boleh menjadi antara orang paling kaya dalam Malaysia dalam sekelip mata selepas Najib menjadi Perdana Menteri.

"Persoalan demi persoalan timbul, bila dan bagaimana Nazir Razak boleh menguasai majoriti saham CIMB dan bagaimana beliau boleh mempunyai wang begitu banyak sehingga berjaya menguasai CIMB" tanya Mahfuz.

CIMB yang suatu ketika dahulu sebuah bank Bumiputra yang didirikan untuk membantu bagi menaikkan ekonomi orang melayu. kini telah dijahanamkan oleh Umno dan Barisan Nasional.

Beliau berkata demikian pada ceramah umumnya di Markaz PAS Kawasan Jempol di Kg Bukit Kerdas, Batu Kikir, Negeri Sembilan malam tadi.

22 Februari 2010

CERAMAH UMUM.........


CERAMAH UMUM
1- YB DATO' HAJI MAHFUZ OMAR
Naib Presiden Pas
Ahli Parlimen Pokok Sena

3- SAUDARA ROSLAN ZAINAL
Setiausaha Pas Pahang

3- SAUDARA SOFI WAHAB
Ketua Penerangan Pas Melaka

23 FEBUARI 2010, SELASA
JAM 9.00 MALAM.

bertempat :
Muassasah Darul Syarif (Markas Pas Jempol)
Batu Kikir, N.Sembilan

Semua dijemput hadir beramai-ramai...

TAZKIRAH BUAT PEMUDA


“Salam sejahtera buat sahabat pejuang”. Perjuangan menegakkan syariat Allah Taala bagi memastikan kemakmuran dan keadilan meratai muka bumi Malaysia khususnya penuh dengan ujian. Benarlah maksud firman Allah Taala : ” Kalaulah perjalanan mencapai kemenangan itu dekat dan tidak perlu bersusah payah, suda pasti mereka mengikut mu wahai Muhammad!"

Lumrah perjuangan menegakkan syariat Allah mesti menempuhi liku-liku ujian. Ujian dengan pihak musuh yang terang lagi nyata dan ujian dengan pihak pemuka yang kabur dan mungkin gelap gelita.

Lantaran itu pejuang Islam perlulah menjernihkan hati, minda dan emosi dengan santapan rohani. Santapan rohani ini bukan hanya dengan ceramah politik yang digabungjalinkan dengan kuliyah ustaz-ustaz di pentas ceramah mahupun surau masjid, malah ianya sangat berkait dengan hubungan hamba dengan Pencipta di malam hari. Di saat musuh-musuh Islam diulit kemewahan, keseronokan,

kenikmatan, kemaksiatan, kelalaian, di saat itulah sepatutnya pejuang Islam mampu membezakan maruah diri dan agamanya berbanding mereka dengan menghidupkan malam dengan qiyamnya dan menjernihkan jiwa yang diserabuti oleh permasalahan politik dengan bacaan Al-Quran, istighfar dan munajat.

Dilihat, masjid surau tidak sepenuh medan ceramah poltik. Dilihat, bacaan Al-Quran tidak sehebat laungan takbir yang pekikkan. Bahkan ramai juga pejuang Islam yang kurang berkeupayaan membaca Kitab yang diperjuangkan dengan sebaik mungkin serta bertajwid.

Blog, kemudian jagi blogger. Seawal pagi sudah tidak duduk diam kalau tidak buka blognya atau TKO DD UO dan sebagainya.

Marilah kita menginsafi bahawa perjuangan Islam bukan sahaja diukur dengan kepetahan bercakap di pentas, kelicikan mengkritik di blog, dan sebagainya, tapi perjuangan Islam perlu ada keseimbangan antara poltik dengan taqarrub dengan Pencipta. Lihatlah bagaimana anak-anak didik Salahuddin alAyyubiy. Siang hari umpama singa dan malam harinya umpama pendita.

Hari ini, yang menganggap dirinya pejuang Islam, menghentam sahabatnya yang berbeza pendapat dengan ruangan blog. Blog mula menjadi sumber inspirasi. Tempat kritikan terbuka, makian, cercaan, hentaman, serangan, kutukan dan sebagainya. Mengapa demikian rupa? Tidak lain kerana paksi pegangan Al-Quran mula longgar. Sedangkan Al-Quran menegaskan :

وأمرهم شورى بينهم

“Dan urusan mereka adalah ditentukan melalui syura di antara mereka”.

Dilihat Al-Quran bukan lagi menjadi sekurang-kurangnya POLIS TRAFIK untuk menyelesaikan kesesakan dan halatuju perjalanan di simpang permasalahan. BLOG sudah menjadi penggantinya

Marilah kita perkasakan kembali saf perjuangan dengan menghubung jalinkan politik dengan pemantapan rohani yang berpaksikan ilmu dan tauhid serta taqarrub. Kalaulah kita boleh berlapar dengan berpuasa sunat kerana menuntut BUBAR DUN PERAK, mengapa tidak kita jadikannya (berpuasa sunat) salah satu ciri pejuang Islam. Mungkin kita boleh mulakan dengan Khamis setiap minggu atau Khamis sebulan sekali.

Rohani yang mantap mampu melihat masalah dengan senyuman. Masalah sebesar dan seberat batu batan Gunung Kinabalu dilihat umpama sebesar dan seberat kapas yang sama saiznya dengan Gunung Kinabalu.

Bagaimana mungkin itu berlaku kalau politik adalah semata-mata, Islam sudah menjadi mungkin nombor 2 atau nombor 3. Marilah kita berbeza pendapat dengan cara yang diajar oleh Islam dan menyelesaikannya dengan cara Islam. Buanglah ego buat sementara waktu dan kembali memperkasakan nilai diri dan saf perjuangan. Islam tidak akan menang dengan hanya kepintaran dan kesungguhan ketua tanpa pengorbanan pejuang.

sekian