16 April 2010

Gambar Sekitar Penamaan Calon P94 Hulu Selangor

Kedatangan Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Presiden Pas pada jam 8.45 pagi

Di perbarisan hadapan, kelihatan Timbalan Presiden PAS Nasharuddin Mat Isa, Naibnya Salahuddin Ayub, Naib Presiden PKR Azmin Ali dan banyak lagi pimpinan Pakatan Rakyat dari pelbagai peringkat.


Puak-puak UmnoUpco.. hampir 10 ribu orang yang hadir..hahaha


Naib Presiden Pas Y.b. Salahuddin Ayub


Dato' Seri Anuar Ibrahim bersama pimpinan PR mengiringi calon ke pusat penamaan calon


Bertempat di perkarangan Pasar Awam Kuala Kubu Baru, sukarelawan Pakatan Rakyat sedang membuat persiapan perarakan ke kawasan Penamaan Calon, Dewan Serba Guna KKB.


Lebih 15 Ribu orang mengiringi calon Pakatan Rakyat..


Sokongan padu PR antara Pas, Keadilan dan Dap



Antara Penyokong Yang Hadir

15 April 2010

Datuk Zaid vs Kamalanathan di P94 Hulu Selangor..


Pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor pada 25 April ini akan menyaksikan ketua penerangan MIC, P Kamalanathan menentang Datuk Zaid Ibrahim dari PKR yang mewakili Pakatan Rakyat.
Pemilihan Kamalanathan itu diumumkan oleh Timbalan Pengerusi BN Muhyiddin Yassin. Turut hadir ialah pemimpin parti komponen BN termasuk presiden MIC, Samy Vellu.
Kelibat timbalan presiden parti itu, G Palanivel yang ditolak oleh BN sebagai calon Hulu Selangor, tidak kelihatan.
Sebelum ini, Pakatan Rakyat mengumumkan calonnya dari PKR, Datuk Zaid Ibrahim akan diletakkan bertanding untuk pilihan raya kecil ini.
Pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor akan diadakan pada 25 April manakala penamaan calon pada 17 April
Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandangnya daripada PKR, Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad akibat barah otak pada 25 Mac lalu.
Daripada 64,500 pengundi, kaum Melayu merupakan pengundi majoriti dengan 34,020 pengundi atau 52.7 peratus manakala kaum Cina dan India masing-masing mencatatkan bilangan 16.964 atau 26.3 peratus dan 12,453 atau 19.3 peratus.
p/s : kita bagi penyapu skali lagi pada UmnoUpco dan kuncu-kuncunya pada PRK kali ini....

14 April 2010

Serba sedikit mengenai Calon PRK P94 Hulu Selangor


Datuk Mohd Zaid Ibrahim lahir di Kota Bharu, Kelantan pada tahun 1951, Zaid Ibrahim menerima pendidikan awalnya di Kolej Inggeris dan menyelesaikan pelajaran di Tingkatan enam di Sekolah Tuanku Abdul Rahman di Ipoh, Perak
Beliau kemudian meneruskan ke ITM (sekarang UiTM) dan mendapat gelaran LLB (London Eksternal).Dia kemudian pergi ke Temple, London untuk memenuhi syarat sebagai UU-Barrister.
Pada tahun 1987, Zaid menjadi ahli pengasas dan Ketua Zaid Ibrahim & Co yang hari ini, adalah firma undang-undang yang terbesar di Malaysia dengan sambungan di kawasan ASEAN termasuk Singapura, Indonesia, Vietnam dan bahkan Dubai.
Politik
Zaid adalah ahli parlimen untuk Kota Bharu di bawah BN / UMNO sekitar 2004-2008. Dia juga adalah ketua Pro-Demokrasi Myanmar di Kaukus Parlimen dan ASEAN Interparlimentary Myanmar Caucus (AIPMC).
Beliau juga bekas de facto Menteri Undang-undang bawah pentadbiran Badawi's dan mengundurkan diri dari jawatannya pada tarikh 16 September 2008 selepas penahanan ISA blogger Raja Petra Kamaruddin, ahli parlimen Teresa Kok dan wartawan Sin Chiew Sin, Tan Hoon Cheng.
Zaid sangat vokal dan sering terlibat dalam debat awam meningkatkan kesedaran dalam urusan awam mahupun kebangsaan bunga atas kepentingan menjaga demokrasi dan supremasi undang-undang di negeri ini.
Beliau juga dikenali kerana aktif dalam penyertaan persidangan, forum dan seminar, baik tempatan atau luar negeri seperti Simposium Hukum Widener Global Demokrasi, perbincangan meja bundar Parlimen, Forum Dunia 2000, PBB Roundtable Dialog keatas Burma, Persidangan SUAHAKAM atas Budaya & Hak Asasi Manusia dan banyak lagi.
Zaid menerbitkan buku pertamanya, "Dalam GoodFaith," pada tahun 2007. Buku ini adalah kompilasi dari pidato-pidato, artikel dan wawancara.Buku ini diterbitkan oleh ZI Publications Sdn Bhd, sebuah penerbit yang ditubuhkan oleh Zaid sendiri untuk memudahkan wacana teka-teki sosio-politik dan undang-undang di negeri ini.
ZI Publications Sdn Bhd sekarang dimiliki dan dikendalikan oleh puteranya, Uzair. Semua hasil dari jualan bukunya akan pergi ke Yayasan Orang Kurang Upaya Kelantan ( Yayasan untuk Orang Kurang Upaya Kelantan), sebuah pertubuhan amal yang dekat dengan hatinya.

11 April 2010

Mesyuarat Dewan Pemuda Pas Jempol kali ke 25

11 April - Mesyuarat Dewan Pemuda Pas Kawasan Jempol (dppkj) telah berjaya diadakan di Pejabat Nadhrah Thaqafah Ent. pada hari ini. Mesyuarat bermula dengan dirasmikan oleh salah seorang Exco pemuda negeri iaitu Ustaz Fuad Osman, pada jam 9.15 pagi.

Dalam ucapannya beliau megharapkan agar Pemuda Pas Jempol lebih cenderung kepada menggerakkan tenaga muda dalam gerak kerja Jamaah. supaya kerusi Parlimen Jempol yang ditandingi oleh Pas ini dapat dirampas semula dari Barisan Nasional.

" Cuba tambahkan ahli baru dan dengan membuka kaunter-kaunter daftar ahli sama ada diceramah-ceramah Pas, dipasar tani atau dimana sahaja tempat yang menjadi tumpuan orang ramai"

turut hadir pada mesyuarat kali ini ialah setiausaha Pas Kawasan Jempol, cikgu Zainol dan saudara Abu syahid..
Alhamdulillah, Mesyuarat berjalan lancar dengan kehadiran ramai pemuda diseluruh cawangan-cawangan Pas kawasan Jempol...
Mesyuarat berakhir pada jam 12.30 tengah hari dengan doa yang dibacakan oleh ust Haidhir...