11 April 2010

Mesyuarat Dewan Pemuda Pas Jempol kali ke 25

11 April - Mesyuarat Dewan Pemuda Pas Kawasan Jempol (dppkj) telah berjaya diadakan di Pejabat Nadhrah Thaqafah Ent. pada hari ini. Mesyuarat bermula dengan dirasmikan oleh salah seorang Exco pemuda negeri iaitu Ustaz Fuad Osman, pada jam 9.15 pagi.

Dalam ucapannya beliau megharapkan agar Pemuda Pas Jempol lebih cenderung kepada menggerakkan tenaga muda dalam gerak kerja Jamaah. supaya kerusi Parlimen Jempol yang ditandingi oleh Pas ini dapat dirampas semula dari Barisan Nasional.

" Cuba tambahkan ahli baru dan dengan membuka kaunter-kaunter daftar ahli sama ada diceramah-ceramah Pas, dipasar tani atau dimana sahaja tempat yang menjadi tumpuan orang ramai"

turut hadir pada mesyuarat kali ini ialah setiausaha Pas Kawasan Jempol, cikgu Zainol dan saudara Abu syahid..
Alhamdulillah, Mesyuarat berjalan lancar dengan kehadiran ramai pemuda diseluruh cawangan-cawangan Pas kawasan Jempol...
Mesyuarat berakhir pada jam 12.30 tengah hari dengan doa yang dibacakan oleh ust Haidhir...


0 ulasan:

Catat Ulasan