10 Jun 2010

TAHNIAH - Muslimat NS dinobatkan pemenang Anugerah Ibu Terpilih

Pn Hjh Hamrah bt Ismail telah dinobatkan sebagai Pemenang Anugerah Ibu Terpilih bagi ketegori Ibu Surirumahtangga sempena Majlis Hi-Tea Anugerah Ibu terpilih yang dikendalikan oleh Lujnah Kebajikan & Kemasyarakatan Dewan Muslimat PAS Pusat. Sekalung TAHNIAH dan penghargaan diucapkan kepada Pn Hjh Hamrah diatas kemenangan dan sekaligus mengharumkan nama muslimat N.Sembilan.

Pn Hjh Hamrah telah mengalahkan 10 orang peserta yang dicalonkan oleh setiap negeri-negeri. Untuk makluman, Pn Hjh Hamrah mempunyai 8 orang anak dan majoriti anak-anaknya merupakan orang kuat dan pimpinan PAS di peringkat kawasan dan negeri. Antara anak beliau ialah Sdra Abd Rahim, SU. PAS Jempol dan Ustaz Abdul Hadi, orang kuat pemuda N.Sembilan serta beberapa orang lagi yang aktif diperingkat kawasan. Meskipun bergelar ibu suri rumahtangga, beliau berjaya mendidik anak-anaknya sehingga berjaya menjejakkan kaki ke menara gading.

Anugerah telah disampaikan oleh Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak, isteri kepada Menteri Besar Kelantan di Perdana Beach Resort petang tadi. Antara pemenang lain ialah Pn Rokiah bt Abdullah dari Terenggganu bagi kategori Ibu Pengasuh Anak OKU dan Pn Zaharah bt Isa dari Kelantan bagi kategori Ibu Berkerjaya.
Muslimat Negeri Sembilan iaitu Ketua Dewan Muslimat PAS NS, Pn Fazilah; Naib Ketua DMPNS, Pn Rosenadiah dan Ketua Penerangan DMPNS, Pn Nur Wani sempat bergambar bersama Pn Hjh Hamrah dan Dr. Halimah Ali sewaktu Hi-Tea.

Selamat Bermuktamar...

SELAMAT BERMUKTAMAR KEPADA PERWAKILAN DAN PEMERHATI SELURUH MALAYSIA.. SALAM PERJUANGAN DAN SEMOGA ALLAH MEMBERKATI PERJUANGAN KITA..

Daripada kami pemuda & Unit Amal Jempol, Negeri Sembilan