18 Mei 2010

Tahniah atas kemenangan di P212 Sibu



DAP berjaya merampas kerusi parlimen Sibu dengan menewasan BN dengan majoriti tipis 398 undi.

Calon DAP Wong Ho Leng mendapatkan 18,845 undi untuk menewaskan calon BN Robert Lau Hui Yew yang mendapat 18,447 undi. Manakala calon Bebas Narawi Haron mendapatkan 232 undi.

Undi rosak pula berjumlah 395.
Keputusan tersebut diumumkan oleh pengurus pilihan raya, Wong See Meng.
Mengenai undi pos pula, BN memperolehi 2,323 undi manakala calon DAP mendapat 70 undi dan calon Bebas pula mendapat 36 undi.
Manakala jumlan pemilih yang keluar mengundi hari ini ialah 70 peratus atau 37,919 orang.

Pilihan raya kecil ini diadakan ekoran kematian penyandangnya dari BN, Datuk Robert Lau Hoi Chew, yang timbalan menteri pengangkutan, pada 9 april lalu.
JABATAN AMAL & PEMUDA PAS KAWASAN JEMPOL MENGUCAPKAN TAHNIAH KEPADA PENGUNDI SIBU KERANA MEMILIH PAKATAN RAKYAT (PR) DALAM PRK KALI... MUDAH-MUDAHAN KEMENANGAN INI AKAN MEMBERI KEKUATAN KEPADA PAKATAN RAKYAT DALAM MERIALISASIKAN KEMENANGAN HINGGA SAMPAI KE PUTRAJAYA....iNSYAaLLAH...

Sekitar Gotong royong Amal Jempol dan Amal Kuala Pilah

16 Mei 2010 - Kuala Jempol : Unit Amal Jempol (Jabatan Amal) telah mengadakan satu gotong rotong perdana anjurn Unit Amal Jempol sendiri. gotong royong yang melibatkan pembersihan rumah aktivis Pas kawasan ini dihadiri lebih kurang 20 orang ahli unit Amal dari Jempol dan Kuala Pilah.

" Alhamdulillah, buat julung-julung kalinya selepas ditubuhkan inilah unit Amal Jempol, inilah kali pertama kita bergandingan dengan Amal Kuala Pilah dalam melakukan kerja Amal seperti gotong royong ini." kata komandan Unit Amal Jempol yang sempat penulis berbual dengan beliau.

Semoga dengan semangat dan kekuatan yang ditunjukkan ini, dapat kita merialisasikan agenda-agenda pemuda dan kawasan InsyaAllah....