22 April 2010

Eh, btul ke Pak Lah tak pernah MINUM...????






21 April 2010

Ada Sahaja Bukti Bila Tiba PRK Dari Si KATAK Ni

ni dia ezam...
hidup matinya memang untuk UMNO...
PRK Hulu Selangor kini bertukar DSAI lawan UMNO..
calon MIC hanya jadi pak turut saje..


Ezam M. Noor akan menyerahkan beberapa dokumen kepada parlimen yang mengandungi maklumat mengenai bukti Anwar bersubahat melindungi skandal Presiden Bank Dunia, Paul D. Wolfowitz dengan teman wanitanya.
Kata Ezam, beliau berharap dapat menyerahkan dokumen berkenaan kepada MP Rembau yang juga Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin.
Bercakap kepada para pemberita, Ezam berkata, maklumat tersebut berguna kepada Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan Parlimen yang akan mendengar siasatan ke atas Anwar yang dihadapkan ke jawatankuasa itu kerana mengaitkan konsep 1Malaysia dengan 1Israel.
Dalam pada itu, Parlimen sedang membahas usul BN untuk rujuk DSAI ke Jawatankuasa Disiplin kerana bongkar hubungan BN-APCO-Zionis..dan berkemungkinan DSAI akan digantung sebagai MP.

Mamat ni bila ada pilihanraya baru dia sibuk menyalak sana-sini. Bila tak ada pilihanraya dia sembunyi dalam kotak. Dari dulu sampai kini dan selamanya dia tak habis-habis duk kumpul bukti.Bila time pilihanraya tiba dia akan cabaq Anwar entah kesekian kalinya...kah! kah! kah!

P94:Hulu Selangor. Membongkar Pemimpin UMNO Minum Arak

Pilihanraya kecil P94, Parlimen Hulu Selangor menjadi medan serangan peribadi yang paling tidak bertamadun, terutama pemimpin UMNO. Perihal calon PKR dikatakan pernah minum arak telah menjadi virus kepada sebahagian pemimpin UMNO.

Isu minum arak telah menjerat sebahagian pemimpin umno yang pejuang bangsa dan ugama Islam. Pemimpin veteran DAP saudara YB Lim Kit Siang telah mencabar UMNO dan menteri-menteri kabinet yang berugama Islam agar membuat pengakuan mereka tidak pernah minum alkohol atau arak semasa muda.

Saudara Lim Kit Siang tidak bercakap malam hari. Beliua bercakap secara terbuka kisah pemimpin UMNO yang terlibat meminum alkohol, sperti Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nazri Aziz, Menteri Dalam Negeri, Hishammuddin Hussein, Timbalan Perdana Malaysia, Muhyiddin Yassin dan Perdana Menteri Malaysia Najib Razak. ( sumber berita diambil malaysiakini, sila layari untuk berita penuh)

Jika benar dakwaan yang dibuat oleh pemimpin DAP dan disiarkan dalam akhbar maya (malaysiakini). Cukup jelas pemimpin UMNO telah berada dipersimpangan syaitan. Tak cukup dengan meminum arak pemimpin UMNO bersekedudukkan dengan pemimpin Yahudi serta mengubah perunding Yahudi/Israel sebagai penasihat kerajaan malaysia dalam bidang maklumat keselamatan negara.

Kita meminta pemimpin UMNO bertaubatlah dengan segera secara terbuka seperti isu meminum arak yang diwar-warkan oleh pemimpin UMNO terhadap calun P94 Hulu Selangor Dato Zaid Ibrahim. Hakikatnya membongkar dan mengyiakan sebahagian pemimpin UMNO terlibat dengan meminum arak dalam pilihanraya kecil Parlimen Hulu Selangor.

Satu cabaran yang baru kepada pemimpin UMNO yang menjaga hal ehwal ugama atau JAKIM serta semua Mufti negeri-negeri dibawah kuasa BN/UMNO agar mengadakan satu program "TAUBAT" dan MEMBUAT PENGAKUAN TERBUKA TIDAK AKAN MEMINUM ARAK LAGI.

DALAM WAKTU YANG TERBATAS DAN RUANG YANG TERHAD INI KAMI MENYERU SEMUA PENGUNDI PARLIMEN P94 HULU SELANGOR MENGADAKAN PROTES SECARA TERBUKA DENGAN TIDAK MEMANGKAH LAMBANAG DACING ATAU BARISAN NASIONAL PADA 25/4/2010. UNDI DAN MEMANGKAG LAMBANG MATA/BULAN SABIT ATAU PKR. PANGKAH ATAU UNDI PKR. UNDI PKR

GAMBAR KEMPEN CALON PR DI P94








19 April 2010


Akhirnya Datuk Zahid Ibrahim bertanding satu lawan satu dengan P. Kamalanathan apabila Dua Calon Bebas Tiba-Tiba Menarik Diri !


Akhirnya Pilihanraya Kecil Parlimen Hulu Selangor bakal menyaksikan pertembungan satu lawan satu seperti yang diharapkan. Ini berikutan dua calon bebas iaitu VS Chandran dan Johan Mohd Diah tiba-tiba menarik diri. Perkara itu telah disahkan oleh Timbalan Pengerusi SPR, Wan Ahmad Wan Omar. Sususlan daripada itu, maka Calon Pakatan Rakyat dari PKR Datuk Zaid Ibrahim bakal berhadapan dengan Calon BN (MIC) P.Kamalanathan pada 15 April ini. Difahamkan Johan Mohd Diah telah menandatangani borang menarik diri di Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Selangor di Kuala Kubu Baru, kira-kira pukul jam 9.05 malam tadi.

Beliau bagaimana pun tidak mahu mengulas mengenai keputusannya itu. Johan yang juga AJK Pemuda UMNO Bahagian Shah Alam, sebelum itu telah mengadakan sidang media di Felda Sungai Tengi, Hulu Bernam petang semalam, mengenai persediaannya menghadapi pilihan raya. Dengan penarikan diri dua calon terbabit juga, maka pilihanraya kecil ini dijangka bertambah sengit. Malah, isu undi berpecah juga kini sudah tidak boleh diperkatakan lagi selepas kedua-dua calon bebas itu menarik diri

Dalam perkembangan lain, ramai yang meramalkan peluang kedua-dua parti bertanding kali ini nampak semakin seimbang berikutan tindakan SPR mengeluar dan memindahkan lebih 13,000 nama pengundi berdaftar parlimen Hulu Selangor ke kawasan lain. Semua ini adlaah petanda awal yang SPR ingin memastikan BN menang besar dalam pilihanraya yang dilihat paling agreasif sama seperi di Pilihanraya Kecil Ijok dulu.

[Pakatan Rakyat perlu bekerja lebih kuat lagi jika mahu memastikan kemenangan tercapai dalam pilihanraya kecil ini. Terdapat maklumat dalaman UMNO yang mengatakan, sememangnya jentera mereka diarahkan bertindak kasar pada kali ini bagi menakut-nakutkan pengundi yang akan keluar mengundi pada 25 April ini. Terdapat bukti kukuh yang mereka sengaja melakukan provokasi melampau pada hari penamaan calon bagi menjatuhkan imej Pakatan Rakyat yang kononnya tidak berdisplin dan ganas.

Walhal, perkara sebaliknya yang berlaku. Ezam Md Noor yang dipertanggungjawabkan dengan Muhyiddin untuk memastikan kelancaran pilihanraya kecil ini telah digantikan dengan Khairy Jamaluddin di saat-saat akhir oleh pucuk pimpinan tertinggi UMNO BN. Semua itu sebagai langkah berjaga-jaga dan dek kerana Ezam dipercayai masih berdarah daging Parti Keadilan Rakyat. Apapun terjadi kemenangan harus dicapai jika ingin memastikan Putrajaya milik kita dalam pilihanraya umum nanti. Suara rakyat suara keramat yang akan menentukannya].-Pahang Daily