21 April 2010

P94:Hulu Selangor. Membongkar Pemimpin UMNO Minum Arak

Pilihanraya kecil P94, Parlimen Hulu Selangor menjadi medan serangan peribadi yang paling tidak bertamadun, terutama pemimpin UMNO. Perihal calon PKR dikatakan pernah minum arak telah menjadi virus kepada sebahagian pemimpin UMNO.

Isu minum arak telah menjerat sebahagian pemimpin umno yang pejuang bangsa dan ugama Islam. Pemimpin veteran DAP saudara YB Lim Kit Siang telah mencabar UMNO dan menteri-menteri kabinet yang berugama Islam agar membuat pengakuan mereka tidak pernah minum alkohol atau arak semasa muda.

Saudara Lim Kit Siang tidak bercakap malam hari. Beliua bercakap secara terbuka kisah pemimpin UMNO yang terlibat meminum alkohol, sperti Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nazri Aziz, Menteri Dalam Negeri, Hishammuddin Hussein, Timbalan Perdana Malaysia, Muhyiddin Yassin dan Perdana Menteri Malaysia Najib Razak. ( sumber berita diambil malaysiakini, sila layari untuk berita penuh)

Jika benar dakwaan yang dibuat oleh pemimpin DAP dan disiarkan dalam akhbar maya (malaysiakini). Cukup jelas pemimpin UMNO telah berada dipersimpangan syaitan. Tak cukup dengan meminum arak pemimpin UMNO bersekedudukkan dengan pemimpin Yahudi serta mengubah perunding Yahudi/Israel sebagai penasihat kerajaan malaysia dalam bidang maklumat keselamatan negara.

Kita meminta pemimpin UMNO bertaubatlah dengan segera secara terbuka seperti isu meminum arak yang diwar-warkan oleh pemimpin UMNO terhadap calun P94 Hulu Selangor Dato Zaid Ibrahim. Hakikatnya membongkar dan mengyiakan sebahagian pemimpin UMNO terlibat dengan meminum arak dalam pilihanraya kecil Parlimen Hulu Selangor.

Satu cabaran yang baru kepada pemimpin UMNO yang menjaga hal ehwal ugama atau JAKIM serta semua Mufti negeri-negeri dibawah kuasa BN/UMNO agar mengadakan satu program "TAUBAT" dan MEMBUAT PENGAKUAN TERBUKA TIDAK AKAN MEMINUM ARAK LAGI.

DALAM WAKTU YANG TERBATAS DAN RUANG YANG TERHAD INI KAMI MENYERU SEMUA PENGUNDI PARLIMEN P94 HULU SELANGOR MENGADAKAN PROTES SECARA TERBUKA DENGAN TIDAK MEMANGKAH LAMBANAG DACING ATAU BARISAN NASIONAL PADA 25/4/2010. UNDI DAN MEMANGKAG LAMBANG MATA/BULAN SABIT ATAU PKR. PANGKAH ATAU UNDI PKR. UNDI PKR

0 ulasan:

Catat Ulasan