23 Februari 2010

SEMUA ISU DISOROK DALAM LUBANG PUNGG*&G SAIFUL

Naib Presiden PAS Dato' Hj Mahfuz Omar berkata BN cuba menyorokkan semua isu dan masalah yang ada hari ini dengan membesar-besar cerita tentang kes liw#@ Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Kes enjin hilang, kapal selam tak boleh menyelam, ekonomi merudum, jenayah meningkat, MCA bergaduh, rasuah yang berleluasa semuanya disorokkan di dalam lubang pungg$#@ Saiful Bukhari"

"Mereka cuba menutup semua isu tersebut dengan kes liw%$ ini" katanya.

Beliau juga mempertikaikan bagaimana adik Perdana Menteri, Nazir Razak boleh menjadi antara orang paling kaya dalam Malaysia dalam sekelip mata selepas Najib menjadi Perdana Menteri.

"Persoalan demi persoalan timbul, bila dan bagaimana Nazir Razak boleh menguasai majoriti saham CIMB dan bagaimana beliau boleh mempunyai wang begitu banyak sehingga berjaya menguasai CIMB" tanya Mahfuz.

CIMB yang suatu ketika dahulu sebuah bank Bumiputra yang didirikan untuk membantu bagi menaikkan ekonomi orang melayu. kini telah dijahanamkan oleh Umno dan Barisan Nasional.

Beliau berkata demikian pada ceramah umumnya di Markaz PAS Kawasan Jempol di Kg Bukit Kerdas, Batu Kikir, Negeri Sembilan malam tadi.

0 ulasan:

Catat Ulasan